Monday 20 June 2011

Rahsia Kejayaan.

Kenapa Kita Gagal Untuk Berubah?

Bila bercerita tentang perubahan banyak perkara boleh di fikirkan, contohnya perubahan untuk menjadi lebih baik, daripada 2 kali solat ke solat penuh, perubahan untuk meninggalkan rokok, perubahan untuk menjadi lebih rajin belajar, atau perubahan yang nampak mudah seperti perubahan menu sewaktu makan di restoran. Namun, seringkali, perubahan itu gagal dilaksanakan. Persoalannya, kenapa manusia gagal untuk berubah?
fear of change
Berdasarkan ilmu psikologi yang dipelajari, situasi takutkan perubahan atau gagal untuk berubah berpunca daripada 4 perkara utama:
1. Kos Langsung (Direct Cost)
2. Takutkan Kesudahan Yang Tidak Pasti (Fear of Unknown)
Aisyah : Eh Dayyah, ko nak makan ape?
Nur Hiedayyah : Aku ingat nak makan pisang goreng dengan Ais Krim & Krim ni la.
Aisyah : Ko bukan dh makan tu ke last week?
Aisyah: Try la ni, anggur masak lemak, macam sedap je.
Nur Hiedayyah : Tak nak la, sedap ke? Nanti tak sedap menyesal pulak, dah la mahal makan kat sini.
Nur Hiedayah : Ko la try, kalau sedap nanti aku beli la. hahaha.
Aisyah: Aku pun tak nak la. Tak berani. hehe
(Takut berhabis duit dan rasa makanan yang belum tentu sedap)
3. Jaga Muka (Saving Face)
Yoi: Eh aku tak setuju la bajet baru tu.
Jufri: Kenapa?
Yoi: Sebab aku rasa bajet yang aku tulis lagi bagus.
(Merasakan diri yang terbaik)
4. Menghapuskan Tabiat (Breaking Routine)
(11 pm Isnin)
Izul: Esok gigih nak pergi kelas pagi!
(8 am Selasa)
Izul: Hmmm, sedapnya tilam ni, empuknya bantal ni, takpelah next week la pergi..
(10 minggu tak pergi kelas pagi)

Untuk mengatasi fobia takutkan perubahan ini, beberapa perkara boleh dilakukan.
1. Matlamat Bertulis (Vision)

2. Tetapkan Jangka Masa (Time Frame)

3. Tentukan Pengisian Mencapai Matlamat (Details)

4. Dapatkan Sokongan (Support)

5. Nilai prestasi (Evaluate)
Untuk perubahan yang lebih kritikal, contohnya berubah daripada malas ke rajin, jenis perubahan sebegini perlukan sokongan pihak luar. Kotter (2007) menyenaraikan 8 langkah untuk melaksanakan perubahan dimana antara elemen penting adalah dengan memastikan adanya matlamat yang jelas atau dengan kata lainnya “vision”.
Kebanyakan orang merasakan perkara ini sangat remeh, namun cuba tanyakan diri anda, jika ditanyakan soalan, “Apa yang anda lihat diri anda lakukan dalam masa 5 tahun daripada sekarang?”, tidak ramai yang boleh menjawabnya.
Matlamat bukanlah bertujuan untuk mengekang hidup, tetapi lebih kepada memastikan konsentrasi dalam hala tuju.
Contoh:
Roron: Saya berazam untuk menjadi seorang Engineer yang berjaya.
Roron: Saya melihat diri saya sebagai seorang professional engineer yang bekerja di Shell dalam masa 5 tahun daripada sekarang.
Roron: Untuk mencapai matlamat ini, saya perlu tulis dan pastikan saya berusaha untuk melengkapkan ilmu di universiti.
Untuk memastikan matlamat ini terlaksana, perlulah adanya penerapan. Menurut konsep ini, ia bermakna adanya sistem yang dipraktikkan. Sistem ini boleh menjurus kepada penjadualan hidup yang berasaskan disiplin. Contoh terbaik adalah dengan menulis “timeline”.
Contohnya:
Jadual hari ini –
2 pm – 3 pm : Study Additional Math
3.30 pm        : Facebook, tengok How I Met Your Mother satu episod, Twitter, MSN.
4 pm – 6 pm : Sambung Additional Math (solat 4.30 pm)
6 pm : Riadah
8 pm – 10 pm: Study Physics
10.30 pm : Huha-huha internet. How I Met Your Mother satu episod lagi.
11.00 pm – 12 pm : Study Chemistry
12 pm : Tido
Hanya tulis diatas kertas kecil apa yang ingin dilakukan hari ini dan tampalkan di dinding meja belajar. Ini bukan saja memastikan pengurusan masa yang baik tetapi juga membantu mendisiplinkan diri. Ingat, teknik ini bukan untuk belajar sahaja, tapi berguna apabila anda mula bekerja!

Nota Kaki: Entri mood periksa dan liat nak berubah. Now, ask yourself, ada tak perangai buruk dalam diri, then fikir kenapa susah nak berubah, then try pakai teknik nak berubah. I’m trying on myself LOL.

Teknik Belajar Berkesan untuk Kita!

Selalu skip kelas, kawan pun skip kelas tapi kawan cemerlang, anda tak? Kebanyakan pelajar universiti sebenarnya tidak aware yang teknik belajar di universiti terbahagi kepada 4 cara utama, VISUAL, AURAL, WRITING/READING dan KINAESTHETIC. Jadi, apa tunggu lagi, luangkan masa 10 minit dan jawab 16 soalan ni. Teknik belajar yang sesuai untuk anda ada di penghujung artikel. Moga membantu!

Bulatkan lebih daripada satu jika satu jawapan tidak menepati pandangan anda tentang diri sendiri.
1)      Anda membantu seseorng yang ingin ke lapangan terbang, pusat Bandar atau lapangan keretapi, Anda akan:
a)      Melukis, atau memberikan peta
b)      Memberitahu arah jalan
c)       Menulis arah sebagai senarai di atas kertas
d)      Pergi dengannya
2)       Anda tidak pasti samada satu perkataan patut dieja ‘dependent’ atau ‘dependant’. Anda akan:
a)      Membayangkan perkataan itu dalam kepala dan pilih berdasarkan bagaimana ia kelihatan
b)      Fikir tentang bagaimana setiap perkataan berbunyi dan pilih satu
c)       Cari di dalam kamus
d)      Tulis kedua-dua perkataan atas kertas dan pilih satu
3)      Anda sedang merancang percutian. Anda mahukan feedback daripada ahli kumpulan tentang perancangan anda. Anda akan:
a)      Gunakan peta atau website untuk tunjukkan mereka tempat-tempat
b)      Telefon, mesej atau email
c)       Beri mereka salinan itinerary
d)      Gambarkan perkara-perkara utama
4)      Anda akan masak untuk keluarga sempena hari istimewa. Anda akan:
a)      Melihat buku masakan untuk idea daripada gambar
b)      Tanya kawan untuk cadangan
c)       Gunakan buku masakan dimana anda tahu ada resepi sedap
d)      Masak sesuatu yang anda tahu tanpa buku masak
5)      Satu kumpulan pelancong ingin belajar tentang taman negara di tempat anda. Anda akan:
a)      Tunjukkan mereka gambar di internet atau buku bergambar
b)      Bercakap, atau merancang seminar untuk memberitahu mereka tentang taman-taman negara Malaysia
c)       Berikan mereka buku atau pamplets tentang taman negara berkenaan
d)      Bawa mereka ke taman negara dan berjalan bersama-sama
6)      Anda ingin membeli digital kamera atau telefon bimbit. Selain harga, apa yang akan mempengaruhi keputusan anda?
a)      Ia Nampak lawa dan rekabentuk moden
b)      Jurujual memberitahu features
c)       Membaca penerangan features
d)      Cuba dan test barang tersebut
7)      Ingat satu situasi dimana anda belajar perkara baru. Elakkan perkara fizikal cth: belajar menunggang basikal. Cara terbaik anda belajar adalah dengan:
a)      Diagram dan carta – visual
b)      Mendengar seseorang menerangkan
c)       Panduan bertulis – cth: manual atau buku teks
d)      Melihat pertunjukan atau demonstrasi
8)      Anda mempunyai masalah dengan lutut anda. Anda mahukan doktor untuk:
a)      Tunjukkan anda gambar apa yang bermasalah
b)      Terangkan apa yang bermasalah
c)       Berikan anda website yang anda boleh rujuk untuk membaca tentang masalah
d)      Menggunakan model lutut plastik untuk tunjukkan apa yang bermasalah
9)      Anda ingin pelajari program baru, skill ataupun komputer. Anda akan:
a)      Ikut diagram di dalam  buku
b)      Bercakap dengan mereka yang tahu tentang perkara itu
c)        Baca penerangan bertulis (instruction) yang datang dengan program
d)      Gunakan controls dan keyboard
10)   Saya sukakan website yang mempunyai:
a)      Design yang menarik dan visual features
b)      Audio channels dimana saya boleh dengar programs dan interview
c)       Penerangan bertulis yang menarik
d)      Sesuatu yang boleh di klik, shift atau try
11)   Selain harga, apa yang mempengaruhi anda membeli buku non-fiction (cth: autobiografi mahathir)?
a)      Kulit buku yang menarik
b)      Kawan bercerita tentang buku tersebut dan mencadangkannya pada anda
c)       Mengimbas baca sebahagian buku
d)      Ia mempunyai kisah benar, pengalaman dan seumpamanya
12)   Anda menggunakan buku, cd dan website untuk belajar mengambil gambar menggunakan kamera baru anda. Anda paling sukakan:
a)      Diagram cara menggunakan kamera
b)      Peluang bertanya dan berbual tentang features
c)       Penerangan bertulis yang lengkap dan jelas
d)      Contoh gambar yang elok dan buruk untuk menangkap gambar
13)   Adakah adalah menggemari cikgu ataupun presenter yang menggunakan
a)      Diagram, carta dan graf
b) Q&A, group discussion etc.
c) Handouts, buku dan bahan bacaan
d) Model dan demonstrasi
14)   Anda selesai pertandingan atau peperiksaan dan mahukan feedbacks. Anda inginkan:
a)      Graf menunjukkan tahap yang anda telah capai
b)      Feedbacks daripada seseorang yang akan bercakap terus dengan anda
c)       Menggunakan penerangan bertulis tentang pencapaian anda
d)      Menggunakan contoh apa yang telah anda buat
15)   Anda ingin memilih satu restoran atau cafĂ©. Anda akan:
a)      Tengok apa yang orang lain makan atau tengok gambar untuk setiap makanan
b)      Dengar apa waiter cakap dan tanya kawan untuk recommendations
c)       Pilih berdasarkan penerangan di menu
d)      Pilih sesuatu yang anda pernah makan sebelum ini disitu
16)   Anda perlu membuat satu ucapan umum di conference atau majlis penting. Anda akan:
a)      Buat diagram dan graf untuk membantu anda menerangkan perkara
b)      Tuliskan kata kunci dan berlatih berucap berkali-kali
c)       Tuliskan ucapan anda dan belajar daripadanya berulang kali
d)      Kumpulkan banyak contoh dan cerita untuk membuatkan ucapan itu lebih realistic
Kirakan pilihan anda:
A – VISUAL
B – AURAL
C – READ/WRITE
D – KINAESTHETIC
Mengikut bilangan yang terbanyak, tentukan jenis belajar yang paling sesuai dengan anda. Berikut adalah cara belajar yang sepatutnya anda praktikkan:
A-     VISUAL :
1. Semasa di dalam kelas
-          Gariskan kata penting
-          Gunakan simbol, carta, dan arrangements pada mukasurat
2. Semasa Belajar (Study)
-          Reconstruct imej dalam cara yang berbeza
-          Lukiskan semula gambaran mukasurat dalam kepala
-          Gantikan perkataan dengan symbol dan initials (cth: DeoxyriboNucleic Acid => DNA.
3. Sebelum dan semasa peperiksaan
-          Ulang ingat ‘gambaran muka surat dalam lecture notes’
-          Lukis dan gunakan diagram bila diperlukan
-          Berlatih menukarkan gambar balik kepada perkataan
B – AURAL
1. Semasa di dalam kelas
-          Hadir tutorial dan lectures
-          Bincang topik dengan rakan
-          Terangkan idea baru atau konsep pada kawan
-          Gunakan tape recorder
-          Terangkan overheads, gambar dan visual pada seseorang yang tiada dalam lecture
-          Tinggalkan ruang kosong dalam nota untuk anda ulang balik
2. Semasa belajar (study)
-          Anda mungkin mengambil nota yang teruk kerana anda lebih prefer mendengar.
-          Oleh itu, kembangkan nota anda, letakkan nota ringkas. Baca nota ringkas dengan kuat dan terangkan nota  ringkas pada kawan ‘aural’ yang lain
3. Sebelum dan semasa peperiksaan
-          Dengarkan ‘suara’ anda dan tulis diatas kertas
-          Ucapkan (speak) jawapan anda dan berlatih menulis jawapan kepada soalan peperiksaan yang lama
C – READING/WRITING
1. Semasa di dalam kelas
-          Gunakan list, headings, dictionary dan definisi
-          Gunakan handouts dan textbooks
-          Baca dan gunakan lecture notes
2. Semasa belajar (study)
-          Tuliskan semula konsep-konsep penting.
-          Susun nota mengikut tulisan rumusan ringkas anda (summary)
3. Sebelum dan semasa peperiksaan
-          Berlatih dengan soalan MCQ
-          Tuliskan semula list
-          Berlatih mengarang dengan menuliskan perenggan, beginnings dan endings.
D – Kinaesthetic
1. Semasa di dalam kelas
-          Gunakan semua deria anda
-          Pergi ke lab dan field trip
-          Gunakan try and error method
-          Dengar real-life examples dan relatekan dengan apa yang anda belajar
2. Semasa Belajar (Study)
-          Anda mungkin mengambil nota dengan teruk kerana anda tidak dapat menghubungkan diri anda dengan topik. (topik dirasakan tidak relevan)
-          Oleh itu, letakkan contoh sebenar pada nota ringkas, gunakan gambar untuk ilustrasi dan bincangkan nota ringkas anda dengan rakan ‘kinaesthetic’ yang lain
3. Sebelum dan semasa peperiksaan
-          Tuliskan jawapan praktis
-          Buat role play situasi peperiksaan (contoh terbaik adalah dengan memastikan anda menjawab soalan seolah-olah waktu peperiksaan sebenar, dan menggunakan idea daripada gambaran nota anda untuk menjawab)
Nota Kaki: Soalan-soalan ini adalah hasil rumusan yang dihasilkan oleh Neil. D Fleming. Penerangan teknik belajar yang betul ini menunjukkan tidak semua orang boleh skip kelas dan berjaya menjawab exam dengan jayanya! Hanya mereka yang study dengan betul mengikut kesesuaian mereka saja boleh melakukannya. Selain itu, boleh jadi akan ada lebih daripada satu teknik yang mendominasi jawapan anda. Jangan takut, apply dua teknik paling utama mengikut kesesuaian subjek. Artikel seterusnya akan menyusul.

Sunday 12 June 2011

PURNAMA's

PROGRAM TAJAAN

    

·  Azrin bin Jamsari (5s1):

ENGINEERING. American Credit Transfer Program, INTEC
- United State (US)

·  Mohd Zhomeer bin Jaafar (5S3):

ENGINEERING. Pre-France,UNIKL(mfi)
-Perancis

·  Nur Raihana bt Mokhsin (5S2):

DENTIST. A-Level, INTEC
- Jordan

·  Norhasmidawati bt Misnan (5S2):

MEDIC. A-Level, INTEC
-  Twining Programme, Penang Medical College

·  Azamudin bin Mustakim (5S1) : PHARMACY. Diploma, UiTM Penang. 

·  Muhyiddin bin Jaleni (5S1) :Asasi SainsPertanian, UPM.

  

·  Muhd Izhar bin Mosliman (5S1):

BIOTECHNOLOGY. International Baccalaureate (IB), Kolej Mara, Banting.

·  NurAini bt Ishak (5S2):

ENGINEERING. German A-Level Preparatory Programme (GAPP), 
German Malaysian Institute (GMI) 
-German

·  Syed Ahmad Daniel (5S3) :SijilKhasAkaun.UiTM Shah Alam.



UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
·  Muhd Ilyas (5S3) : foundation of engineering & computer
·  Amirah Najwa bt Abd. Rahim (5S2) : bachelor of English & literature
·  Norul Sahidah bt Suhaimi (5S2) : foundation of economics & management sciences


UiTM PUNCAK ALAM

·  Nurul Anuar bin Falellah (5S1) :asasi kejuteraan.
·  Mohd Fizlan (5T1) :asasi kejuruteraan.
·  Hasnida bt Tawyer (5T2) : asasi Sains



UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

·  Mohd Yusuf (5T1) :asasi kejuruteraan.
·  Nur Izzaidah (5T2) :asasi kejuruteraan.

LAIN2 UNIVERSITI

·  Aminuddin bin AbdKahar (5S1) : diploma kejuruteraan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

·  Zainal Afiq Ariffin (5S3) : diploma pengurusan restoran,

KFCH College, JB.

·  Mohd Khairul Syazwan (5T1) : asasi kejuruteraan,

ALAM Malaysia.

·  Ibun Mohd Harith Ibad (5S3) : asasi Sains Pertanian

Universiti Putra Malaysia (UPM)

·  Nur Mala (5T2) :akaun. UiTM SEGAMAT.
·  Azharuddin bin Hamdan (5S3) :MaktabPerguruan, Sarawak.
·  Mohd Farid Hakim (5S3) - UTeM, Melaka.

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

·  Nur Farahin Zolkafle (5T2) : sains
·  Nurul Amalina Zaini (5T2) : sains
·  Siti Saleha (5T2) : akaun
·  Nur Hazlina (5T2) : akaun

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

·  Danial Dzikrur Firqin (5T1) : sains
·  Kamarul Hanafee (5S3) : sains

KOLEJ MATRIKULASI

·  Jamalullail bin Yahya (5T1) : teknikal, kolejmatrikulasi Pahang
·  Noor Haslinda Hamidan (5T2) :Sains,kolej matrikulasi Melaka.

TINGKATAN 6:

·  1.       Haffizuraime bt Salleh (5T2)


Labels

5 Science 1 (1) buana (1) Motivasi (2) overseas (1) purnamarian (1) segara (1) suria (1)