Monday, 20 June 2011

Rahsia Kejayaan.

Kenapa Kita Gagal Untuk Berubah?

Bila bercerita tentang perubahan banyak perkara boleh di fikirkan, contohnya perubahan untuk menjadi lebih baik, daripada 2 kali solat ke solat penuh, perubahan untuk meninggalkan rokok, perubahan untuk menjadi lebih rajin belajar, atau perubahan yang nampak mudah seperti perubahan menu sewaktu makan di restoran. Namun, seringkali, perubahan itu gagal dilaksanakan. Persoalannya, kenapa manusia gagal untuk berubah?
fear of change
Berdasarkan ilmu psikologi yang dipelajari, situasi takutkan perubahan atau gagal untuk berubah berpunca daripada 4 perkara utama:
1. Kos Langsung (Direct Cost)
2. Takutkan Kesudahan Yang Tidak Pasti (Fear of Unknown)
Aisyah : Eh Dayyah, ko nak makan ape?
Nur Hiedayyah : Aku ingat nak makan pisang goreng dengan Ais Krim & Krim ni la.
Aisyah : Ko bukan dh makan tu ke last week?
Aisyah: Try la ni, anggur masak lemak, macam sedap je.
Nur Hiedayyah : Tak nak la, sedap ke? Nanti tak sedap menyesal pulak, dah la mahal makan kat sini.
Nur Hiedayah : Ko la try, kalau sedap nanti aku beli la. hahaha.
Aisyah: Aku pun tak nak la. Tak berani. hehe
(Takut berhabis duit dan rasa makanan yang belum tentu sedap)
3. Jaga Muka (Saving Face)
Yoi: Eh aku tak setuju la bajet baru tu.
Jufri: Kenapa?
Yoi: Sebab aku rasa bajet yang aku tulis lagi bagus.
(Merasakan diri yang terbaik)
4. Menghapuskan Tabiat (Breaking Routine)
(11 pm Isnin)
Izul: Esok gigih nak pergi kelas pagi!
(8 am Selasa)
Izul: Hmmm, sedapnya tilam ni, empuknya bantal ni, takpelah next week la pergi..
(10 minggu tak pergi kelas pagi)

Untuk mengatasi fobia takutkan perubahan ini, beberapa perkara boleh dilakukan.
1. Matlamat Bertulis (Vision)

2. Tetapkan Jangka Masa (Time Frame)

3. Tentukan Pengisian Mencapai Matlamat (Details)

4. Dapatkan Sokongan (Support)

5. Nilai prestasi (Evaluate)
Untuk perubahan yang lebih kritikal, contohnya berubah daripada malas ke rajin, jenis perubahan sebegini perlukan sokongan pihak luar. Kotter (2007) menyenaraikan 8 langkah untuk melaksanakan perubahan dimana antara elemen penting adalah dengan memastikan adanya matlamat yang jelas atau dengan kata lainnya “vision”.
Kebanyakan orang merasakan perkara ini sangat remeh, namun cuba tanyakan diri anda, jika ditanyakan soalan, “Apa yang anda lihat diri anda lakukan dalam masa 5 tahun daripada sekarang?”, tidak ramai yang boleh menjawabnya.
Matlamat bukanlah bertujuan untuk mengekang hidup, tetapi lebih kepada memastikan konsentrasi dalam hala tuju.
Contoh:
Roron: Saya berazam untuk menjadi seorang Engineer yang berjaya.
Roron: Saya melihat diri saya sebagai seorang professional engineer yang bekerja di Shell dalam masa 5 tahun daripada sekarang.
Roron: Untuk mencapai matlamat ini, saya perlu tulis dan pastikan saya berusaha untuk melengkapkan ilmu di universiti.
Untuk memastikan matlamat ini terlaksana, perlulah adanya penerapan. Menurut konsep ini, ia bermakna adanya sistem yang dipraktikkan. Sistem ini boleh menjurus kepada penjadualan hidup yang berasaskan disiplin. Contoh terbaik adalah dengan menulis “timeline”.
Contohnya:
Jadual hari ini –
2 pm – 3 pm : Study Additional Math
3.30 pm        : Facebook, tengok How I Met Your Mother satu episod, Twitter, MSN.
4 pm – 6 pm : Sambung Additional Math (solat 4.30 pm)
6 pm : Riadah
8 pm – 10 pm: Study Physics
10.30 pm : Huha-huha internet. How I Met Your Mother satu episod lagi.
11.00 pm – 12 pm : Study Chemistry
12 pm : Tido
Hanya tulis diatas kertas kecil apa yang ingin dilakukan hari ini dan tampalkan di dinding meja belajar. Ini bukan saja memastikan pengurusan masa yang baik tetapi juga membantu mendisiplinkan diri. Ingat, teknik ini bukan untuk belajar sahaja, tapi berguna apabila anda mula bekerja!

Nota Kaki: Entri mood periksa dan liat nak berubah. Now, ask yourself, ada tak perangai buruk dalam diri, then fikir kenapa susah nak berubah, then try pakai teknik nak berubah. I’m trying on myself LOL.

3 comments:

Labels

5 Science 1 (1) buana (1) Motivasi (2) overseas (1) purnamarian (1) segara (1) suria (1)